“Netflix Hub” Adalah Hab Runut Bunyi Kandungan Popular Netflix Daripada Spotify

Diterbitkan pada Nov 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda seperti saya, selepas tonton sesuatu di Netflix akan terus cari muzik-muzik yang pernah dimainkan dalam filem atau siri TV kegemaran dalam platform penstriman audio – anda akan bersyukur dengan apa yang Spotify tawarkan baru-baru ini.

Netflix Hub adalah 22,500 senarai main untuk pelbagai muzik, runut bunyi (OST) dan juga Spotify daripada kandungan popular di Netflix.

Contoh Muzik

Contoh Podsiar

Sempena filem baharu mereka, iaitu The Harder They Fall – kandungan eksklusif daripada selebriti seperti Jay-Z, Kid Cudi, Koffee, dan Ms. Lauryn Hill berkaitan dengan di sebalik tabir pembangunan muzik filem ini turut ditawarkan.

Pengguna turut boleh akses semua kandungan menarik ini melalui Canvas, Storylines, atau di senarai main Clips.

Bukan itu sahaja, untuk peminat siri TV Money Heist – Spotify turut menawarkan senarai main khas yang untuk semua peminat. Tetapi semasa artikel ini ditulis, ia masih belum boleh diakses lagi. Spotify turut menawarkan laman khas untuk kuiz Money Heist. Pengguna boleh menjawab soalan untuk ketahui citarasa anda sama seperti watak mana dan akan ada senarai main khas mengikut watak-watak dari siri TV ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami