Twitter kini telah mula memperkenalkan antaramuka baharu kepada para pengguna iOS dan Android tempatan, sekaligus memberikan akses pantas kepada Twitter Spaces.
Melalui antaramuka baharu ini, akses Twitter Spaces boleh dicapai melalui sebuah butang menu khas dibahagian tengah bawah aplikasi.

Menariknya, apabila menu berkenaan diakses, pengguna turut boleh melihat pelbagai sesi Twitter Spaces yang sedang berlangsung, dan menyertainya untuk mendengar perbincangan yang sedang berlaku.
Kemaskini baharu ini sedang diperkenalkan oleh Twitter kepada pengguna tempatan secara berperingkat.