PBB Memperlihatkan Konsep Komuniti Terapung Lestari Kalis Perubahan Iklim

Diterbitkan pada Nov 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

UN Habitat ialah salah satu sayap Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang menumpukan kepada pembangunan yang lestari bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga sosial. Kini UN Habitat telah bekerjasama dengan Oceanix dan bandaraya Busan akan membina konsep komuniti terapung Oceanix City di atas permukaan laut.

Dengan paras laut akan meningkat akibat perubahan iklim, pembinaan komuniti yang tidak akan terjejas perlu dibangunkan segera. Bandaraya terapung ini bukan sahaja akan kalis perubahan iklim tetapi menyasarkan tidak akan meninggalkan sebarang impak ke atas alam sekitar kerana menggunakan sumber tenaga lestari dan mengitar semula kesemua sampah yang dihasilkan oleh penduduk.

Komuniti akan dibina di atas pulau terapung seluas 2 hektar berbentuk heksagon yang boleh menempatkan sehingga 300 penduduk. Kepulauan yang terdiri daripada puluhan platform heksagon ini boleh menempatkan pula sehingga 10,000 penduduk yang tidak memerlukan bantuan dari luar. Jika kesemuanya berjalan lancar, prototaip akan siap dibina menjelang 2025 berhampiran Busan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami