Kerajaan Rusia Mahu Syarikat-Syarikat Teknologi Besar Untuk Membuka Pejabat Di Negara Tersebut

Diterbitkan pada Nov 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada bulan Julai tahun lepas, kerajaan Rusia telah memperkenalkan undang-undang yang mewajibkan syarikat-syarikat media sosial dan teknologi internet dengan jumlah pengguna 500 ribu dan keatas di negara tersebut untuk membuka pejabat di negara tersebut.

Terkini, pengelola internet Rusia, Roskomnadzor mengatakan bahawa syarikat-syarikat seperti Google, Meta, TikTok, Twitter dan sebagainya perlu membuka pejabat rasmi di negara tersebut menjelang 2022, jika tidak, mereka akan terpaksa untuk menyekat akses aplikasi-aplikasi tersebut di negara tersebut, seperti sekatan sambungan internet, pendapatan iklan dan sebagainya.

Isu yang dihadapi oleh syarikat-syarikat ini sekiranya mereka mengikuti arahan kerajaan Rusia ialah ia akan memperkenalkan masalah dari segi penapisan kandungan dan juga pemaksaan mengikut arahan kerajaan Rusia yang akan mahu mengawal jenis-jenis maklumat dan kandungan yang kritikal terhadap kerajaan Rusia.

Setakat ini, ia tidak diketahui lagi sekiranya syarikat-syarikat internet ini akan mengikuti arahan kerajaan Rusia tersebut. 2022 hanya sekitar sebulan sahaja lagi, dan kita akan lihat apakah langkah seterusnya oleh kerajaan itu. Sebelum ini, syarikat-syarikat seperti Google dan Facebook telah disaman kerana mengingkari arahan untuk membangunkan sebuah pejabat di negara tersebut.

Sumber: Reuters

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami