Tanah Maya Dijual Pada Nilai Melangkaui RM10 Juta Pada Decentraland

Diterbitkan pada Nov 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Arena dunia maya semakin hangat diperkatakan sejak daripada Facebook mengubah nama mereka kepada Meta. Terbaru, hari ini ia menyaksikan hartanah maya dijual melalui dunia maya Decentraland pada nilai $2.4 juta, iaitu sekitar RM10 juta.

Untuk makluman, Decentraland menawarkan pengalaman dunia maya, atau apa yang dikatakan ramai sebagai alam meta. Ia membolehkan pengguna membeli tanah, membina bangunan, membeli barangan, dan bertemu dengan orang.

Decentraland turut mengintegraasikan penggunaaan rantaian-blok, dan menggunakan kriptowang dinamakan Mana.

Hari ini, pihaak Metaverse Group telah membeli hartanah pada dunia Decentraland ini pada nilai mencapai 618,000 MANA, iaitu sekitar RM10 juta.

Tanah maya berkenaaan dikatakan akan dibangunkan untuk menjadi ruangan untuk mempertontonkan fesyen terkini, termasuk menjual pakaian maya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami