Cari @ Amanz

MIUI merupakan antaramuka yang ditawarkan oleh Xiaomi bersama-sama telefon pintar dan peranti mereka. Terbaru, Xiaomi mencatatkan sejarah tersendiri, apabila mencapai 500 juta pengguna aktif untuk MIUI setiap bulan.

Angka yang dicatatkan ini adalah untuk peringkat global, dan pada tahun ini sahaja, Xiaomi melihat kepada penambahan 100 juta pengguna aktif bulanan pada peringkat global.

Versi terbaru yang ditawarkan adalah MIUI 12.5 Enchanced Version, dan pihak Xiaomi dijangka akan memperkenalkan MIUI 13 secara rasminya tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd