Seperti ramai sedia maklum, Huawei telah diharamkan oleh pihak Amerika Syarikat, sekaligus memberikan kesan terhadap dagangan dan kerjasama Huawei bersama syarikat-syarikat di Amerika Syarikat, seperti Google.
Walaupun memberikan kesan yang besar terhadap operasi syarikat Huawei, dan membuatkan mereka mengalami kerugian besar, namun Huawei masih mampu berjenaka bersempena dengan jualan Black Friday.
Melalui laman sosial, Huawei mengatakan yang mana mereka menawarkan diskaun 100% untuk semua telefon yang dijual di Amerika Syarikat.
Dan diikuti dengan tweet seterusnya, Huawei turut menjelaskan yang mana ia hanyalah jenaka, dan mereka tidak dibenarkan untuk menjual sebarang perkara di Amerika Syarikat.
Huawei sebelum ini telah beberapa kali mengatakan yang mana mereka tidak akan menutup bahagian telefon pintar mereka. Laporan terbaru turut mengatakan Huawei mungkin melesenkan rekaan telefon pintar mereka kepada pengeluar peranti yang lain, sekaligus terus menjana pendapatan melaluinya.