Cari @ Amanz

Xiaomi India Mungkin Akan Memperkenalkan Perkhidmatan Membaiki Peranti Di Rumah

Oleh Nazrin

Link Copied!

Pada minggu lepas, Apple telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan program baik-pulih peranti secara kendiri yang membolehkan pengguna untuk membaiki peranti mereka sendiri tanpa memerlukan khidmat profesional.

Terkini, Xiaomi, syarikat teknologi terkemuka dari China juga dilihat mahu memperkenalkan perkhidmatan membaiki peranti di rumah juga. Setakat ini ia masih tidak diketahui lagi jika ini bermakna bahawa Xiaomi akan menghantar pakar membaiki peranti ke rumah, atau membenarkan pengguna untuk membaiki peranti mereka secara kendiri, atau kedua-duanya.

Akan tetapi, oleh kerana ciapan tersebut dilakukan oleh XIaomi India, nampaknya perkhidmatan ini akan diperkenalkan terlebih dahulu di negara tersebut. Samada ia akan diperkenalkan ke negara-negara lain dengan kehadiran rasmi seperti Malaysia masih tidak diketahui.


Komen ()