Samsung Akan Membina Kilang Pembuatan Cip Bernilai $17 Bilion Di Texas

Diterbitkan pada Nov 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung ialah diantara syarikat-syarikat yang kini sedang rancak membangunkan kilang-kilang baru di seluruh dunia untuk membantu mengurangkan masalah bekalan cip yang sedang membelenggu dunia perindustrian dan teknologi.

Di Amerika Syarikat, Samsung nampaknya sudah memilih lokasi mereka untuk membangunkan kilang pembuatan cip mereka, dan ia terletak di Taylor, Texas, selepas diberi pilihan untuk membangunkan kilang mereka di lokasi-lokasi sekitar Arizona dan juga New York.

Antara sebab mengapa Taylor dipilih ialah kemudahan untuk membina kilang tersebut, bantuan kerajaan tempatan yang diberikan dan juga kerana ia lebih dekat dengan kilang pembuatan cip sedia ada mereka di Austin.

Kilang ini, yang akan dibangunkan kelak dan akan mula beroperasi pada separuh kedua 2024 kelak, akan digunakan untuk membangunkan cip-cip SoC Samsung, cip 5G dan juga cip pemprosesan untuk kegunaan kecerdasan buatan.

Samsung mengatakan bahawa dengan kilang ini, mereka akan mencipta 2000 peluang pekerjaan baru, dan sekitar 6500 pekerja pembangunan kilang akan diperlukan untuk mendirikan kilang ini, yang dijangka akan merancakkan industri perkilangan di Taylor di masa akan datang.

Sumber: Reuters

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami