Ini Cara Melanggan 5 Servis Penstriman Dalam Satu Bil Sahaja

Diterbitkan pada Nov 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidak dinafikan ada di antara kita semua lebih gemar meluangkan masa di rumah. Perkara ini membuatkan kita lebih cenderung untuk maratonton (binge watch) sebanyak yang mungkin untuk siri-siri yang ditawarkan. Ditambah pula apabila terdapat pelbagai jenis servis penstriman yang ditawarkan di Malaysia, seperti Disney+ Hotstar, Netflix, HBO GO, dan sebagainya, tentunya ia memberi kita lebih banyak pilihan rancangan dan filem untuk ditonton.

Kita juga umum mengetahui bahawa platform-platform penstriman yang kita langgan ini juga belum tentu menawarkan filem atau rancangan yang kita minat. Sebagai contoh, anda sudah melanggan Netflix untuk menonton Squid Game, tetapi dalam masa yang sama anda ingin menonton Shang-Chi and The Legend Of The Ten Rings yang hanya boleh ditonton melalui Disney+ Hotstar dan juga Succession di HBO GO. Ini menjadikan anda perlu melanggan tiga platform penstriman berlainan untuk mendapatkan lebih banyak pilihan rancangan yang boleh ditonton. Bukankah lebih mudah jika kita boleh satukan semua servis ini dalam satu platform sahaja dengan hanya satu bil? Oleh sebab itulah anda perlu melanggan Astro.

Mengapa Anda Perlu Melanggan Astro?

Untuk pengetahuan anda, Astro kini telah bekerjasama dengan Netflix secara rasmi dimana anda boleh menonton kesemua kandungannya dengan lebih mudah melalui kotak Astro Ultra Plug & Play. Melaluinya, terdapat lima jenis penstriman yang anda boleh pilih untuk dilanggan bersama Astro. Lima jenis penstriman tersebut adalah Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQiyi dan TVBAnywhere+. Jadi, anda boleh menikmati pelbagai jenis kandungan menarik dan memberi anda lebih banyak pilihan rancangan yang boleh ditonton melalui hanya satu platform sahaja dan boleh boleh diakses melalui aplikasi Astro Go mereka. Lebih menarik apabila anda sudah pun melanggan Netflix kerana anda boleh mengalihkan akaun anda ke akaun Astro Ultra Plug & Play dan dalam masa yang sama masih menyimpan segala maklumat serta sejarah tontonan anda. 

Apakah Kelebihannya Yang Lain?

Astro Plug & Play Box yang terkini tidak lagi memerlukan sambungan satelit untuk mendapatkan siaran rancangan. Anda hanya perlu sambungkan internet iaitu minimum 30 mbps sahaja untuk dapatkan siaran yang lebih jelas tanpa sebarang gangguan. Melaluinya juga anda tidak lagi perlu risau untuk menonton rancangan kegemaran anda ketika hujan.

Selain itu, Astro Plug & Play ini juga menyokong resolusi sehingga 4K UHD. Namun perlu diingatkan bahawa resolusi ini bergantung kepada sokongan resolusi yang televisyen anda tawarkan dan juga resolusi siaran tersebut. Jika siaran itu beresolusi 4K, tetapi televisyen anda hanya menyokong sehingga resolusi HD sahaja, paparan yang anda boleh tonton hanyalah sehingga HD sahaja.

Melalui Astro Plug & Play juga, anda dapat menikmati fungsi Rakaman Awan. Jadi, anda tidak perlu berjaga sehingga pukul 3 pagi untuk menunggu perlawanan bola bagi pasukan kegemaran anda. Anda hanya perlu rakamkannya, dan ia sudah sedia untuk ditonton pada bila-bila masa mengikut keselesaan masa dan jadual harian anda.

Proses pemasangannya juga mudah. Anda boleh membuat tempahan secara atas talian dan pihak Astro akan menghantarkannya di rumah. Apabila sudah sampai di tangan anda, anda hanya perlu pasangkan kotak Ultra Plug & Play Box ini dan ia sudah boleh digunakan. Mudah bukan?

Bagaimana Pula Jika Anda Tidak Mempunyai Sambungan Internet Di Rumah?

Kalau tiada sambungan internet jalur lebar lagi, jangan risau. Ini kerana, Astro juga menawarkan berkas untuk anda nikmati kandungan Astro dengan lebih mudah. Melalui langganannya, anda boleh berjimat sehingga RM936, dapat nikmati data tanpa had, internet fiber yang pantas, menerima Astro Ulti dan Ultra box percuma, pemasangan modem dan penghala yang percuma serta pembayaran langganan Astro dan internet fiber dengan hanya satu bil sahaja. Melaluinya, anda boleh berjimat lebih banyak lagi. Malah Astro juga menawarkan penstriman Netflix secara percuma untuk 3 bulan pertama langganan anda. Namun perlu diingatkan bahawa kempen ini hanya terhad sehingga 31 Januari 2022 sahaja.

Jadi, Pek Mana Yang Sesuai Untuk Anda?

Astro menawarkan 9 jenis pek langganan berbeza yang anda boleh pilih bergantung kepada bajet dan saluran kegemaran yang anda ingin tonton. Antara pek yang ditawarkan adalah pek Entertainment Plus dimana anda akan menerima sehingga 110 saluran yang boleh ditonton dan juga boleh mengakses Netflix, Astro GO serta TVBAnywhere+ dengan komitmen bulanan RM144 sahaja. Pek-pek ini juga hadir dengan kontrak untuk 0, 12, atau 24 bulan yang boleh memberi anda rebat sehingga RM25.

Anda juga berpeluang untuk memenangi televisyen 70 inci Samsung, pakaian eksklusif Money Heist dan juga baucar daripada Grab sebanyak RM50 untuk setiap pendaftaran bagi pek TV yang disertakan dengan penstriman Netflix. Jadi, bagi anda yang berminat dengan penawaran terbaru Astro ini dan ingin memenangi hadiah-hadiah menarik, layari sahaja laman rasmi Astro untuk maklumat lanjut.

Penafian : Advertorial daripada Astro

komen


© Amanz / 2022 Kami