Carian
WhatsApp Beta Kini Memudahkan Anda Membuat Sticker Terus Pada Desktop
November 24, 2021 Aman

Bagi pengguna WhatsApp, sehingga kini anda perlu bergantung kepada perisian pihak ketiga dalam membuat atau mencipta Sticker anda tersendiri, sebelum dikongsikan bersama yang lain. Namun, kini WhatsApp dilihat ingin mengubah perkara berkenaan.

Melalui WhatsApp Beta untuk desktop, kini pihak WhatsApp membolehkan pengguna menghasilkan Sticker tersendiri, terus pada desktop. Sebuah butang khas disediakan, dimana apabila anda klik padanya, anda boleh memilih gambar yang ingin diubah menjadi Sticker.

Seterusnya, anda boleh lakukan penyuntingan ringkas, sebelum terus menghantar Sticker berkenaan kepada pengguna lain.

Buat masa ini, ciri ini ditawarkan melalui WhatsApp Beta untuk desktop, dan tidak mustahil ia turut diperluaskan kepada peranti mudah-alih – sekaligus memudahkan anda membuat Sticker tanpa perlu memasang sebarang aplikasi pihak ketiga.

Komen