Cari @ Amanz

Digi Dan Celcom Secara Rasmi Menghantar Permohonan Gabungan Syarikat Kepada SKMM

Oleh Aman

Link Copied!

Celcom dan Digi hari ini secara rasminya mengumumkan melalui pemfailan Bursa, yang mana SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) telah menerima permohonan gabungan kedua-dua syarikat berkenaan.

Sebelum ini, Celcom dan Digi telah menyatakan hasrat pada April 2021 lepas, mengatakan kedua-dua syarikat telekomunikasi ini akan bergabung dan membentuk syarikat telekomunikasi gergasi di Malaysia.

Lanjutan daripadanya, kini permohonan telah pun dihantar kepada pihak SKMM untuk penilaian lanjutan. Dengan langkah ini, kedua-dua syarikat ini melangkah setapak lagi kehadapan dalam proses gabungan syarikat.

Seperti biasa, kedua-dua syarikat masih tertakluk kepada kebenaran daripada pihak berkuasa dengan mengambil kira pelbagai perkara, termasuk berkaitan persaingan sebelum permohonan disahkan.


Komen ()