Carian
Instagram Menguji Perkongsian Video Sepanjang 60 Saat Melalui IG Stories
November 24, 2021 Aman

Instagram Stories pada hari ini menyokong perkongsian video sepanjang 15 saat untuk setiap klik. Sekiranya pengguna berkongsi video dengan durasi lebih panjang, ia akan membahagikan setiap klip kepada segmen 15 saat pada Instagram Stories.

Tidak lama lagi, perkara berkenaan dijangka akan berubah. Pihak Instagram kini mengesahkan yang mana mereka sedang menguji IG Stories dengan perkongsian klip sehingga 60 saat.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengguna berkongsi klip dengan durasi lebih lama, yang mana akan hilang dalam tempoh 24 jam. Ini juga dilihat alternatif kepada Reels, atau pengguna turut boleh berkongsi klip Reels penuh di Stories tanpa perlu memotong atau memendekkannya.

Buat masa ini, ciri ini masih diuji, dan tidak diketahui bilakah akan diperkenalkan kepada semua pengguna.

Komen