(Ura-Ura) Poco X4 Dan X4 NFC Dijangka Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Nov 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Poco sedia hadir dengan beberapa penawaran peranti di bawah siri X3. Ini termasuklah Poco X3, Poco X3 Pro, Poco X3 NFC dan Poco X3 GT. Menerusi ura-ura baharu, pengganti untuk siri berkenaan dijangka hadir tidak lama lagi. Biarpun belum ada kepastian, tetapi spekulasi awal mendakwa ia mungkin dikenali sebagai Poco X4 dan Poco X4 NFC kelak.

Menurut sumber, terdapat dua peranti Xiaomi dengan kod model 2201116PI dan 2201116PG telah muncul dalam pangkalan data IMEI. Malangnya, penyenaraian tersebut tidak mendedahkan sebarang informasi mengenai peranti, tetapi dakwaan awal menyasarkan ia besar kemungkinan akan dipasarkan sebagai peranti Poco berkenaan.

Bukan itu sahaja, ia juga besar kemungkinan hanyalah sebuah Redmi Note 11 Pro 5G yang dijenamakan semula. Jika ianya benar, peranti ini akan menggunakan skrin AMOLED 120Hz, cip MediaTek Dimensity 920, bateri 5,000mAh dan sebagainya. Apa pun, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pengenalan telefon pintar terbaru Poco ini.

Sumber : GSMArena

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami