DJI Membuka Kedai Mercu Mereka Di Pavilion

Diterbitkan pada Nov 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

DJI, jenama dron dan aksesori kamera terkemuka dari China ialah sebuah jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Mereka hadir dengan dron dalam pelbagai saiz dan jenis dan digunakan dalam pelbagai industri, termasuklah perfileman hingga agrikultur.

DJI Store Pavilion

DJI hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membuka kedai mercu pertama mereka di Pavilion Kuala Lumpur, yang mana lokasinya ialah di tingkat 5, bersebelahan dengan kedai elektronik Harvey Norman. Di kedai mercu ini, DJI akan memperlihatkan kesemua penawaran tempatan mereka dimana orang ramai boleh melihat sendiri produk dron dan aksesori-aksesori yang dijual oleh jenama tersebut di sini.

Menurut DJI Malaysia, kedai mercu ini akan dibuka pada 28 November, Ahad ini, dan 50 pelanggan pertama yang mengunjung ke kedai ini boleh mendapatkan diskaun menarik pada dron-dron dan aksesori berikut:

  • DJI Tello – RM399 (harga asal RM499)
  • DJI OM4 – RM379 (harga asal RM459)
  • DJI Mini SE: RM1,199 (harga asal RM1349)
  • DJI FPV Combo – RM4299 (harga asal RM5299)
  • DJI Mavic 3 – RM9999

Pihak DJI Malaysia turut mengesahkan bahawa mereka akan membuka sebuah lagi kedai DJI Experience Store Premium di pusat membeli-belah 1Utama kelak, dimana ia bukan sahaja sebuah lagi kedai mercu DJI, tetapi juga akan merumahkan pusat perkhidmatan pelanggan bagi mereka yang mahu servis ataupun memperbaiki dron mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami