DNB Akan Mengenakan Caj Kurang 20 Sen Setiap GB Untuk 5G Kepada Syarikat Telekomunikasi

Diterbitkan pada Nov 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Digital Nasional merupakan firma disebalik pengurusan infrastruktur rangkaian 5G, dan akan menawarkan perkhidmatan mereka kepada syarikat telekomunikasi, sebelum ditawarkan kepada pengguna akhir.

Berkongsi hari ini di Parlimen, Menteri Kewangan mengatakan DNB akan mengenakan caj kurang daripada 20 sen untuk setiap GB bagi rangkaian 5G. Caj ini adalah lebih rendah berbanding kos 4G hari ini yang adalah sekitar 45 sen ke 55 sen setiap GB.

Dengan langkah ini, ia juga dijangka akan menjadikan kos akhir untuk pengguna umum akan jauh lebih rendah berbanding hari ini.

Rangkaian 5G dijangka diperkenalkan bermula Disember 2021 ini, bermula dengan tiga lokasi terlebih dahulu, iaitu Kuala Lumpur, Cyberjaya dan juga Putrajaya – sebelum ia diperluaskan secara berperingkat kepada semua.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami