Siri Oppo K9 terdiri dengan beberapa model seperti Oppo K9, Oppo K9Pro dan Oppo K9s. Terbaharu, terdapat ura-ura mengatakan sebuah lagi model baharu bakal diperkenalkan dan ia mungkin dikenali sebagai Oppo K9x kelak. Ia dikhabarkan telah ditemui di laman TEENA dengan kod model PGCM10. Dari segi rekaan, ia agak serupa seperti sebuah model Realme Q3. Tetapi, spesifikasi dalamannya sudah pasti berbeza.

Menurut spekulasi awal, Oppo K9X akan dilengkapi cip MediaTek Dimensity 900. Ia merupakan cip yang memfokuskan pada peranti kelas pertengahan yang menggunakan teknologi 6nm. Ia juga adalah cip sama yang digunakan pada Oppo Reno6, Honor X30 Max 5G dan Play5 Vitality Edition. Selain itu, Oppo K9X mungkin dilengkapi skrin 6.5-inci beresolusi HD+ bersama skrin hadapan berlubang.

Skrin berkenaan juga dikhabarkan hadir dengan sokongan kadar segar semula 120Hz. Bateri pula adalah sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W menerusi port sambungan USB-C. Peranti turut dijangka hadir dalam tiga variasi berbeza – iaitu memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.
Untuk harga pula, ia dikhabarkan hadir dengan penawaran lebih mampu milik bermula CNY 1,499 (RM991). Tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran peranti secara khusus, tetapi ia dijangka hadir pada 12 Disember depan.
Sumber : GSMArena