Kerajaan India Mahu Memperkenalkan Kriptowang Mereka Sendiri Dan Mengharamkan Penggunaan Yang Lain

Diterbitkan pada Nov 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Keputusan kerajaan India untuk mengharamkan penggunaan kriptowang seperti Bitcoin dan Ethereum bukanlah sesuatu yang baru. Perkara ini telah dibincangkan untuk beberapa bulan lamanya, tetapi apa yang menarik ialah kemungkinan bahawa mereka akan membangunkan sistem rantaian blok dan menggunakan kriptowang mereka sendiri.

Rang undang-undang The Cryptocurrency and Regulation of Official Digital Currency Bill, 2021 akan dibahaskan kelak dan akan diperkenalkan jika tiada bantahan diberikan, dan ini bermakna bahawa kriptowang peribadi seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan sebagainya akan diharamkan perdagangannya di negara tersebut.

Apa yang menarik mengenai rang undang-undang ini ialah satu bahagian yang mengatakan bahawa kerajaan India dilihat mahu membangunkan rangka kerja teknologi rantaian blok dan memperkenalkan kriptowang mereka sendiri yang akan dikelola oleh Reserve Bank of India.

Bukan itu sahaja, walaupun pelaburan dan penggunaan kriptowang akan diharamkan di negara tersebut, teknologi rantaian blok disebalik matawang digital tersebut masih lagi akan dibenarkan untuk membolehkan syarikat-syarikat terus menggunakan teknologi tersebut tanpa masalah.

Penggunaan kriptowang kini dilihat sedang diteliti dengan halus oleh pelbagai kerajaan kerana pihak penggodam kini mahu tebusan data dibayar dalam kriptowang. Walaupun begitu, terdapat juga negara seperti El Salvador yang mahu membangunkan bandar Bitcoin tidak lama lagi yang sangat positif tentang penggunaan kriptowang di negara tersebut.

Sumber: Windows Central

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami