Carian
Oppo Reno7 Pro Dan Reno7 Kini Rasmi – Skrin 90Hz, Dimensity 1200-Max, Tri-Kamera Utama
November 25, 2021 Amy Maizuraa

Oppo Reno7 Pro dan Reno7 akhirnya dilancarkan secara rasmi di China, sebentar tadi. Ia merupakan model kemas kini untuk siri Reno6 yang dilancarkan sekitar bulan Ogos yang lalu. Pada masa sama, kedua-duanya juga menawarkan sejumlah spesifikasi berbeza menjadikannya berada dalam kelas yang tersendiri.

Oppo Reno7 Pro dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 6.55-inci beresolusi FHD+ (2400 × 1080 piksel) dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 1200-Max bersama memori sehingga 12GB RAM (LPDDR4x) dan storan dalaman 256GB. Bateri pula adalah sebesar 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

Melengkapinya juga adalah kamera utama dengan tetapan 50MP (Sony IMX709) + 8MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 32MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – pengimbas cap jari dalam skrin, bluetooth 5.2, port sambungan USB-C, NFC, menjalankan ColorOS12 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

Oppo Reno7 pula hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Cip yang digunakan adalah Snapdragon 778G dengan padanan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Melengkapinya adalah bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 60W.

Tetapan kamera utama pula adalah 64MP + 8MP + 2MP dan kamera hadapan sebesar 32MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – pengimbas cap jari dalam skrin, NFC, bluetooTH 5.2, menjalankan ColorOS12 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

Untuk harga, Oppo Reno7 Pro dijual di China pada harga bermula RMB3,699 (8GB+256GB) (~RM2,449) dan RMB3,999 (12GB+256GB) (~RM2,647). Reno7 pula berharga bermula RMB2,699 (8GB+128GB) (~RM1,787), RMB2999 (8GB+256GB) (~RM1,985) dan RMB3,399 (12GB+256GB) (~RM2,250).

Sumber : Oppo China

Komen