Oppo Find X4 Pro dijangka akan dilancarkan sebagai pengganti kepada peranti mercu yang amat meminta perhatian 2021, Find X3 Pro. Ia hadir dengan kamera 50MP, rekaan panel belakang dengan modul kamera yang unik, serta kamera mikroskop yang kelihatan gimik – tapi benar-benar cool.
Spesifikasi ini didedahkan oleh Digital Chat Station, yang mana skrin Find X4 Pro adalah 6.7-inci QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Panel AMOLED dahulu pasti dikekalkan dengan sokongan 10-bit warna, kamera swafoto adalah 32MP, kamera belakang pula hadir dengan dwi-sensor 50MP iaitu satu f/1.15 + f/1.15 dan dipadankan dengan sensor telefoto 13 atau 12 MP yang menyokong 2x zum optikal.

Aneh sekali, pilihan cip pemprosesan kekal dengan Snapdragon 888+ – kerana kod nama terdedah adalah SM8450+ (SM8450 = Snapdragon 888). Tambahan lagi, peranti ini turut dikatakan akan menyokong pengecasan pantas mencapai sekitar 80W.

Keseluruhan spesifikasi dilihat lebih kurang sama dengan perubahan kecil sahaja. Apakah kejutan yang ada pada Find X4 Pro? Atau hanya satu naik taraf yang mengecewakan? Sama-sama kita nantikan informasi lanjut.