Carian
Badan Kereta Tesla Dileburkan Membentuk Edisi Terhad iPhone 13 Pro Berharga Bermula RM28k
November 26, 2021 Aman

Caviar sering hadir dengan peranti edisi terhad dengan beberapa perubahan dan penambahan dari segi rekaan dan bahan binaan padanya. Terbaru, mereka turut hadir dengan iPhone 13 Pro edisi Tesla Electro.

Menariknya mengenai iPhone 13 Pro edisi terhad ini adalah dimana kerangka belakangnya menggunakan bahan daripada badan kereta Tesla, dan dileburkan untuk membentuk kerangka belakang iPhone edisi terhad ini.

Dinamakan iPhone 13 Pro (Max) Tesla Electro, hanya sebanyak 99 unit akan dihasilkan, dan ia ditawarkan pada harga berula $6760, iaitu sekitar RM28,580.

Disamping iPhone edisi terhad, Caviar juga turut menawarkan sebuah patung Elon Musk yang turut menggunakan bahan daripada badan kereta Tesla yang dileburkan. Patung ini ditawarkan pada harga $3220 (~RM13.6k), dan hanya sekitar 27 unit sahaja dihasilkan.

Komen