Petronas Akan Menambah Pengecas EV Pantas Di Stesyen Minyak Pada 2022

Diterbitkan pada Nov 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Petronas Dagangan Berhad kini telah mengumumkan mereka akan memasang pengecas pantas untuk kenderaan elektrik di stesyen minyak mereka pada pertengahan pertama 2022 kelak.

Untuk tujuan ini, pihak Petronas telah bekerjasama dengan Mercedes-Benz Malaysia dan juga penyedia disebalik rangkaian pengecas JomCharge.

Bagi peringkat permulaan, dibawah kerjasama ini, Petronas akan menambah pengecas kenderaan elektrik di lima stesyen minyak, yang terletak di Lebuhraya Utara-Selatan, dan juga dj Lebuhraya Pantai Timur.

Dengan diletakkan di lebuhraya, pengecas pantas ini akan membantu pemilik kenderaan elektrik mengecas kenderaan mereka untuk perjalanan jarak jauh.

Langkah ini juga dilihat selari dengan aspirasi dalam menyokong ke arah peralihan kepada kenderaan elektrik, selain dengan penambahan kenderaan elektrik daripada pengeluar dari hari ke hari.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami