Kuo : Peranti Realiti Terimbuh Apple Akan Hadir 2022 Dengan Prestasi Setanding Mac

Diterbitkan pada Nov 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ming-Chi Kuo telah mengeluarkan ramalan terkini beliau dan kali ini berkenaan peranti realiti terimbuh Apple . Menurut beliau peranti realiti terimbuh akan dilancarkan pada penghujung 2022 dilengkapi dua cip pemproses. Satu cip pemprosesan imej berkuasa rendah dan sebuah lagi cip pemproses utama yang setanding dengan cip M1 yang digunakan pada Mac.

Apple Glass Set Kepala Realiti Terimbuh

Ia tidak memerlukan sambungan kepada Mac atau iPhone untuk berfungsi. Dua skrin Mikro LED dengan resolusi 4K akan digunakan sebagai paparan serta sehingga lapan kamera akan digunakan bagi memberikan imej tembus kepada pemakai. Menarik sekali menurut Kuo, peranti realiti terimbuh ini kemudian akan digantikan pula dengan Apple Glass yang kemudiannya akan menggantikan pula iPhone dalam masa 10 tahun.

Ini adalah selari dengan rancangan Meta yang juga ingin menjadikan peranti boleh-pakai realiti terimbuh sebagai pengganti telefon pintar.

Sumber MacRumors

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami