Kerajaan UK Akan Mengharamkan Penggunaan Kata Laluan Terbina Mudah Untuk Peranti Berhubung

Diterbitkan pada Nov 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila anda membeli sebarang peranti elektronik untuk kegunaan rumah yang boleh disambungkan ke rangkaian internet, secara lazimnya pihak pengeluar akan menetapkan kata laluan terbina yang diletakkan untuk kemudahan pengguna yang tidak tahu atau mahu menukarnya atas alasan mudah lupa.

Kerajaan UK dilaporkan akan memperkenalkan sebuah undang-undang baru dimana pembangun peranti ini akan diwajibkan untuk membekalkan kata laluan yang unik untuk setiap peranti yang dijual, Bukan itu sahaja, sekiranya peranti-peranti ini perlu ditetapkan semula ke versi asal, kata laluan yang diberikan haruslah merupakan kata laluan yang unik juga untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin.

Dalam pada itu, undang-undang ini juga mewajibkan pembuat peranti untuk menjadualkan kemaskini sekuriti berkala untuk peranti-peranti ini, dan memberikan penyelidik keselamatan satu titik hubungan supaya mereka boleh melaporkan sebarang isu ataupun kerentanan sekurit berkaitan produk-produk mereka.

Kegagalan untuk mengikuti undang-undang baru ini boleh menyebabkan sesebuah syarikat itu disaman sehingga £10 juta dan kegagalan mengimplimentasikan fungsi-fungsi ini selepas saman dikeluarkan, mereka boleh dikenakan denda sehingga £20 ribu setiap hari.

Menurut undang-undang yang dibentangkan, peranti-peranti yang akan tertakluk dibawah undang-undang ini termasuklah peranti pintar, penghala internet, kamera sekuriti, konsol permainan, televisyen pintar dan pelbagai peranti-peranti berhubung yang lain.

Sumber: Engadget

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami