Jepun ialah negara yang terkenal dengan inovasi aneh seperti kayu swafoto, mesin penyejuk badan dan anjing robot yang “pengsan” apabila menghidu kaki busuk. Kini sebuah lagi peranti yang boleh diketegorikan sebagai chindogu dipasarkan di Jepun iaitu Elsonic EK-MD088.

Ia adalah sebuah monitor sekunder yang direka khas untuk susur masa media sosial dan program pengaturcaraan. Skrin TFT hanya sebesar 8.8″ dengan resolusi 420 x 1920 pixel. Apabila digunakan untuk Twitter misalnya, lebih banyak ciapan boleh dipamerkan pada susur masa keran nisbah skrin memanjang.
Sambungan ke peranti lain ialah menerusi port mini-HDMI dengan sumber kuasa pula adalah USB-C. Aneh sekali port USB-C ini tidak pula menyokong sambungan untuk monitor. Monitor hanya sebesar 198 gram dengan tongkat terbina boleh lipat bagi membolehkan ia berdiri. Sebuah monitor Elsonic EK-MD088 dijual pada harga 14,800 Yen (~RM548).