Cari @ Amanz

Dalam filem Avengers: Endgame, Hulk sempat memetik jari dan cuba memulihkan kembali kesemuanya menjadi normal. Terdapat satu adegan di mana, Clint Barton (Hawkeye) menerima panggilan telefon daripada isteri beliau Laura dan telefon itu adalah Google Pixel 3 dengan warna Just Black.

Sebelum itu juga ada adegan di mana-mana kanak-kanak bertembung dengan Professor Hulk untuk swafoto. Peranti itu juga adalah Pixel 3 berwarna Not Pink.

Marvel nampaknya telah mencipta satu dunia filem di mana beberapa watak penting menggunakan peranti Google Pixel. Dalam siri TV terbaru mereka di Disney+ Hotstar, iaitu Hawkeye – Clint Barton (Hawkeye) dilihat masih menggunakan Pixel 3 yang sama.

Bukan itu sahaja, Kate Bishop iaitu antara watak utama siri TV ini turut dilihat menggunakan sebuah peranti Google yang jelas adalah Pixel 4 berwarna Just Black. Ibu beliau iaitu Eleanor Bishop turut menggunakan peranti yang sama dengan selongsong pelindung fabrik Sorta Smokey. Cuma dalam siri TV/filem ia tidak menunjukkan sistem operasi Android yang digunakan pada Pixel. Mereka menggunakan sistem olok-olok, kecuali kadang kala aplikasi panggilan telefon Google akan kelihatan.

Masih tidak pasti jika Google juga ada syarat yang tegas dalam watak filem/siri TV menggunakan peranti mereka seperti Apple. Apple tidak membenarkan watak jahat/antagonis menggunakan peranti Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd