Cari @ Amanz

Wabak COVID-19 yang masih membelenggu dunia termasuklah Malaysia selama hampir dua tahun telah menyebabkan ramai rakyat kehilangan pekerjaan dan memerlukan bantuan untuk mendapatkan makan dan minum dari hari ke hari.

Xiaomi CSR 1

Xiaomi dan Food Bank Malaysia baru-baru ini telah berganding bahu untuk mengadakan kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) dimana mereka memberi makanan dan barangan keperluan harian untuk mengurangkan beban penduduk tempatan yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan mereka.

Pengurus Besar Xiaomi Malaysia, Nicholas Shi bersama-sama dengan pasukan pengurusan Xiaomi Malaysia dan juga para peminat tegar Xiaomi Fans dengan bantuan Yayasan Food Bank Malaysia telah membantu sejumlah keluarga yang sebahagian daripada Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Terengganu.

En. Nicholas Shi, Pengurus Besar Xiaomi Malaysia dan Singapura berkata, “Sokongan dari para Xiaomi Fans, pelanggan, rakan niaga serta media telah menjadi faktor kejayaan Xiaomi pada hari ini. Dengan ikhlas, kami ingin memberikan serba sedikit bantuan hasil dari kejayaan kami kepada masyarakat, terutama sekali kepada golongan yang memerlukannya. Ribuan terima kasih atas kerjasama yang baik dari pihak Yayasan Food Bank Malaysia dalam membantu komuniti yang memerlukan, kami berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka. Kami turut berharap dapat menyumbang lebih banyak dan berbuat lebih banyak untuk masyarakat setempat dan negara dalam masa terdekat.”

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd