Kerajaan negeri Selangor hari ini telah membentangkan Belanjawan Selangor 2022, sekaligus berkongsi sejumlah inisiatif yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan, 2022.
Salah satu daripadanya adalah dimana Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor akan melaksanakan penawaran program pinjaman peranti digital kepada orang awam, pelajar dan mahasiswa.

Dinamakan Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS), program ini menghimpunkan peranti digital terpakai daripada pihak swasta dan juga daripada pelupusan pihak kerajaan, dan ditawarkan untuk dipinjamkan kepada mereka yang memerlukan – selari perkembangan arena ekonomi digital, dan pembelajaran secara digital.
Selain pinjaman peranti digital, program pinjaman buku sedia ada akan diteruskan seperti biasa.