Cari @ Amanz

Selangor hari ini mengumumkan mereka akan memperkenalkan Selangor e-Wallet atau Dompet Digital Selangor, yang akan digunakan untuk pelbagai tujuan dan transaksi nirtunai dalam negeri berkenaan.

Untuk tujuan ini, Selangor telah menubuhkan sebuah syarikat khusus dinamakan Syarikat Selangor E-Wallet Sdn Bhd. Selangor turut bekerjasama dengan salah satu syarikat tempatan yang mempunyai lesen daripada BNM untuk tujuan ini.

Perkhidmatan dompet digital ini akan meliputi sejumlah perkara, termasuk pemberian bantuan dan insentif melaluinya – selain pembayaran cukai dan pelbagai transaksi melibatkan kerajaan tempatan seperti pembayaran parkir akan boleh dilakukan melalui dompet digital ini.

Dompet digital Selangor ini juga akan membolehkan negeri Selangor melangkah setapak kehadapan dalam menjadi negeri nirtunai, dan pada masa yang sama mengukuhkan kedudukan dalam arena ekonomi digital.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd