Carian
Oppo & Huawei Diperkatakan Akan Perkenal Telefon Boleh-Lipat Sebelum Tamatnya 2021
November 26, 2021 Aman

Dengan hanya berbaki sekitar sebulan lagi, pengeluar peranti dilihat masih kekal aktif bersaing untuk hadir dengan kejutan masing-masing.

Terbaru, mengikut desas-desus yang hadir daripada orang industri, ia diperkatakan Oppo dan Huawei akan perkenalkan telefon pintar dengan skrin boleh-lipat sebelum tamatnya tahun 2021 ini.

Untuk makluman, pihak Huawei sedia memperkenalkan telefon boleh-lipat mereka – dan sekiranya model baharu diperkenalkan, ia mungkin adalah kemaskini penawaran.

Sebaliknya, untuk Oppo, mereka sekadar mempertontonkan telefon pintar dengan skrin boleh-gulung, dan masih belum memperlihatkan telefon pintar boleh-lipat mereka. Sekiranya benar, maka ia akan memperlihatkan Oppo bersaing dengan lebih aktif bersama Samsung yang kini mendominasi pasaran.

Apa pun, dengan berbaki sebulan lagi, sama-sama kita nantikan apakah telefon pintar baharu yang akan diperkenalkan sepanjang Disember 2021 ini.

Komen