Carian
Huawei Watch D Bakal Hadir Dengan Sokongan Menyemak Tekanan Darah
November 27, 2021 Aman

Jam tangan pintar kini telah menjadi salah satu peranti yang turut digunakan untuk memantau kesihatan semasa. Pelbagai pengeluar bersaing dalam mengintegrasikan ciri-ciri kesihatan, dan Huawei dilihat bakal menambah baik lagi penawaran jam tangan pintar mereka.

Melalui sebuah model baharu yang dikenali dengan nama Huawei Watch D, pengeluar dari China berkenaan dijangka mengintegrasikan sokongan menyemak tekanan darah menggunakannya.

Jam tangan pintar ini dikatakan pada peringkat akhir ujian, dan mungkin diperkenalkan seawal Disember ini. Ia turut diperkatakan telah menerima pengesahan pihak kesihatan di China.

Jam tangan pintar ini dilihat turut membawakan rekaan skrin berbentuk segi empat, dan mengikut desas-desus, ia menawarkan kadar bacaan yang agak jitu untuk tekanan darah.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pengenalan jam tangan pintar terbaru Huawei ini, dan bagaimana ia bakal mengubah landskap peranti kecergasan dan kesihatan.

Komen