Carian
Sarawak Akan Menjadi Antara Negeri Terawal Terima 5G Pada 2022
November 27, 2021 Aman

Kerajaan bakal memperkenalkan rangkaian 5G bermula di Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya seawal bulan hadapan, dan ia akan diperluaskan ke bandar-bandar utama secara berperingkat selepas itu.

Menyentuh mengenainya, kini ia dikatakan Sarawak bakal menjadi antara negeri terawal diberi keutamaan dalam perancangan pelaksanaan rangkaian 5G mulai tahun hadapan, 2022.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengatakan ia adalah disebabkan beberapa faktor, termasuk kedudukan strategik dari aspek geopolitik dan kesalinghubungan.

Sarawak sendiri agak aktif dalam pembangunan ekonomi digital mereka, termasuk telah sedia memperkenalkan Sarawak Pay dalam memudahkan transaksi nirtunai.

Untuk makluman, sebelum ini, Melaka turut telah dikatakan akan diberikan keutamaan dalam pelaksanaan rangkaian 5G.

Komen