Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini sedia dilaporkan bakal memasarkan lebih 300 juta unit peranti mudah-alih pada 2022 kelak. Kini, laporan lanjut hadir mengatakan Samsung akan memperkenalkan sekitar 64 model telefon pintar dan tablet pada 2022 kelak.

Menariknya, 31 model yang bakal diperkenalkan itu dijangka menggunakan cip pemprosesan daripada Qualcomm, sementara 20 model adalah menggunakan cip Exynos keluaran Samsung.

Samsung dijangka akan terus mengekalkan penawaran telefon dengan menggunakan cip MediaTek pada tahun hadapan, tetapi dihadkan kepaada beberapa model sahaja.

Beberapa model peranti juga dijangka hadir dengan dwi-penawaran cip pemprosesan. Perkara ini sedia kita lihat dengan penawaran telefon mercu yang kebiasaannya hadir dengan pilihan cip Snapdragon dan Exynos, dan ditawarkan mengikut negara.

Apa pun, pelbagai perkara masih akan mempengaruhi perancangan pihak Samsung ini – termasuk bekalan semikonduktor yang asih belum kembali seperti biasa buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd