Lelaki UK Ini Menjadi Penerima Mata Palsu Cetakan 3D Pertama Dunia

Diterbitkan pada Nov 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mata palsu telah digunakan sejak 2900 tahun sebelum Masihi lagi. Pelbagai bahan digunakan untuk menghasilkan mata palsu seperti kaca, batu, plastik, enamel dan juga emas. Mata palsu masih digunakan sehingga sekarang tetapi ia masih tidak kelihatan benar-benar seperti mata sebenar.

Di United Kingdom, Steve Verze menjadi penerima mata palsu cetakan 3D dunia di Moorfields Eye Hospital. Tidak seperti mata akrilik, mata cetakan 3D kelihatan seperti mata sebenar lengkap dengan ke dalam iris. Selain kelihatan lebih realistik, mata cetakan 3D lebih mudah dihasilkan kerana hanya memerlukan imbasan mata tanpa acuan dimasukkan ke dalam lubang mata.

Mata boleh dicetak dalam masa 2 jam sebelum diperincikan oleh pakar dalam masa 2-3 minggu. Ini adalah tempoh lebih pendek berbanding 6 minggu menghasilkan mata akrilik. Pihak NHS UK berkata penggunaan teknologi cetakan 3D akan jelas berpotensi serta membantu mengurangkan masa menunggu pesakit menerima mata palsu mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami