Sempena Ulang Tahun Ke-60, Renault Quatrelle Diubahsuai Menjadi Kereta Terbang

Diterbitkan pada Nov 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menghasilkan kenderaan edisi khas sempena ulang tahun utama ialah perkara biasa. Mustang, Supra, Challenger dan Corvette adalah antara nama kereta yang menerima beberapa edisi ulang tahun menarik. Di Renault mereka telah menghasilkan edisi sambutan tahun yang paling menarik untuk model Quatrelle 4L.

Bagi menyambut ulang tahun kereta yang ke-50, sebuah Quatrelle 4L versi kereta terbang telah dihasilkan. Ia diberikan nama Renault Air4 dengan tubuh asal kenderaan diperbuat daripada gentian karbon dipadankan dengan sistem kuad-kipas. Air4 boleh terbang sehingga ketinggian 700 meter dan pada kelajuan mencecah 97 km/j.

Walaupun terdapat kabin untuk penumpang, semua penerbangan setakat ini dilakukan menggunakan alat kawalan jauh.Air4 hanyalah sekadar konsep sahaja pada waktu ini tanpa perancangan untuk menghasilkan model sebenar.

Dengan Air4, Renault menjadi sebuah lagi syarikat yang mengitar semula kenderaan klasik menjadi model lebih lestari. Hyundai misalnya mengubah dua kereta klasik menjadi elektrik di bawah siri Heritage mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami