Cari @ Amanz

Terbaru, satu lagi perkhidmatan penstriman telah dilancarkan untuk pasaran tempatan, dinamakan sebagai FilmWallet. Berbeza dengan penawaran perkhidmatan yang membolehkan pengguna membayar langganan bulanan dan menonton filem dan siri-TV tanpa had, FilmWallet menawarkan jualan filem setiap satu, secara berasingan.

Melalui FilmWallet, ia menjanjikan untuk memudahkan pengguna menikmati filem dari pawagam secara atas-talian. Buat masa ini, filem yang ditawarkan adalah agak terhad, dan pengguna boleh membelinya antara harga RM1.90 ke RM9.90 setiap satu.

Selain melalui web atau aplikasi, FilmWallet juga membolehkan pengguna membeli filem menerusi platform Shopee, dan menebusnya pada platform mereka.

Menurut pihak FilmWallet, mereka turut merancang untuk memperluaskan penawaran FilmWallet ke dua lagi negara di Asia Tenggara dalam awal tahun hadapan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak FilmWallet hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd