Spotify Menghentikan Sokongan Car View

Diterbitkan pada Nov 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menerusi mod Car View, antaramuka Spotify dibesarkan untuk mendedahkan penggunaan ketika memandu. Ini akan mengurangkan gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Tetapi Spotify mengesahkan mod Car View akan dihentikan dalam masa terdekat.

Seorang pengguna Spotify melaporkan ciri ini hilang dari tetapan peranti dan jawapan yang diberikan oleh wakil Spotify ialah ciri ini mula dihentikan secara berperingkat. Pengguna disarankan supaya menggunakan arahan suara seperti Google Assistant untuk melakukan kawalan muzik.

Ini adalah kerana kebanyakan kereta sekarang mempunyai ciri sokongan Spotify terus pada sistem hiburan kenderaan. Malahan dengan Car Thing, Spotify turut mempunyai perkakasan untuk digunakan dalam kereta.

komen


© Amanz / 2022 Kami