TM Bersedia Untuk Menyokong Pengenalan 5G Pada Bulan Depan

Diterbitkan pada Nov 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan melalui DNB (Digital Nasional Berhad) telah mengatakan akan memperkenalkan rangkaian 5G bermula daripada Disember ini di beberapa lokasi. Selari dengannya, kini CEO Telekom Malaysia mengatakan TM bersedia untuk pengenalan rangkaian 5G secara berperingkat.

Pada masa yang sama, beliau turut mengatakan yang mana pelaburan berkaitan dengan rangkaian 5G ini adalah tidak sebesar mana sekiranya TM perlu melaksanakan segalanya secara sendiri.

Sebelum ini, untuk rangkaian 4G, syarikat telekomunikasi perlu mengeluarkan duit pelaburan sendiri dalam pembangunan infrastruktur sendiri. Sebaliknya, melalui DNB, infrastruktur dibangunkan oleh mereka, dan syarikat telekomunikasi menggunakan infrastruktur berkenaan, sekaligus mengurangkan kos pelaburan yang perlu dikeluarkan.

Pelaksanaan ini menerima reaksi berbeza daripada pelbagai pihak. Apa pun, sama-sama kita nantikan bulan hadapan dan 2022 kelak bagaimana DNB beroperasi, dan impak dalam pengenalan rangkaian 5G di Malaysia.

komen


© Amanz / 2022 Kami