Carian
Apple Menaikkan Harga Jualan Peranti 25% Di Turki Selepas Kejatuhan Nilai Lira
November 28, 2021 Effi Saharudin

Nilai mata wang Lira Turki menjunam minggu lalu kerana polisi ekonomi yang dikenakan oleh Presiden Erdogan. Ia menyusut sehingga 16% berbanding awal November dan akibatnya jualan peranti Apple dihentikan sementara oleh Apple pada portal atas talian mereka. Jualan kini telah dimulakan semula tetapi peningkatan harga purata sebanyak 25%.

Sebelum ini harga jualan peranti Apple di Turki adalah lebih rendah berbanding di Amerika Syarikat. Peningkatan harga ini pastinya menjejaskan jualan untuk jangka masa pendek. Di Malaysia harga jualan produk Apple masih lagi mahal tetapi tanda peningkatan harga mendadak secara serta merta seperti yang berlaku di Turki.

Sumber 9to5Mac

Komen