Cari @ Amanz

China sedia memperkenalkan beberapa peraturan dan undang-undang dalam memastikan kesejahteraan pengguna internet mereka. Terbaru, China turut telah memperkenal peraturan baharu yang mengehadkan selebriti daripada melakukan beberapa perkara di media sosial.

Antara had baharu yang diperkenalkan adalah termasuk bilangan akaun yang boleh dimiliki seseorang selebirti, pengharaman perkongsian gaya hidup mewah, dan juga pengehadan perkongsian yang menunjukkan aktiviti dan kerja mereka.

Pada masa yang sama, peraturan baharu juga menyasarkan paparazzi dimana diharamkan daripada berkongsi kehidupan seseorang selebriti.

Pihak berkuasa China meminta platform media sosial untuk memantau akaun selebriti, dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd