Xiaomi Ingin Bangunkan Kilang Yang Boleh Keluarkan 300,000 Kereta Setahun

Diterbitkan pada Nov 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi bakal membangunkan sebuah kilang pengeluaran kenderaan di Beijing, yang mana dijangka berupaya mengeluarkan sekitar 300,000 kenderaan setiap tahun.

Kilang baharu ini dijangka akan dibangunkan dalam dua fasa, dan akan berupaya melakukan pengeluaran secara besar-besaran pada 2024 kelak.

Xiaomi sebelum ini telah mengatakan mereka akan melabur sebanyak $10 bilion untuk bahagian kenderaan elektrik mereka untuk tempoh 10 tahun akan datang, dan menyasarkan untuk memasarkan kereta elektrik pertama mereka seawal 2024 kelak.

Xiaomi kini dilihat sedang agresif dalam pembangunan kenderaan elektrik mereka, termasuk mengambil sejumlah besar pekerja untuk bahagian ini.

Dengan kilang baharu ini juga, ia dijangka akan memudahkan lagi proses pengeluaran, dan memastikan kos lebih rendah berbanding bergantung kepada pihak luar.

komen


© Amanz / 2022 Kami