Carian
Kolaborasi Komuniti NFT Bersama Altimet Memperlihatkan Jualan Mencapai RM23k
November 28, 2021 Aman

Pentas.io sedia menyaksikan jual-beli NFT mencapai puluhan ribu ringgit sebelum ini. Terbaru, hari ini, ia sekali lagi mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila beberapa artis NFT di Pentas berkolaborasi bersama penyanyi Altimet dalam menawarkan beberapa karya NFT.

Kolaborasi ini menyaksikan tiga artis, iaitu Konfederasi, Panda Punk dan juga Tun Aqhari menawarkan karya khas, dan menjual melalui bidaan untuk karya NFT masing-masing.

https://twitter.com/belakangpentas/status/1464944558106505221
https://twitter.com/belakangpentas/status/1464945319498579968
https://twitter.com/belakangpentas/status/1464943457357631488
https://twitter.com/belakangpentas/status/1464958262911008773

Ketiga-tiga artis dilihat berjaya mengumpulkan jualan sebanyak 9.17 BNB, iaitu sekitar RM23k. (1BNB berharga sekitar RM2507.37 ketika artikel ini ditulis). Menurut Altimet, beliau akan menyumbangkan bahagian beliau daripada jualan ini kepada kebajikan, berkemungkinan yang memfokuskan kepada kesenian.

Dengan kejayaan ini, tidak mustahil kita melihat lebih banyak kolaborasi dan kerjasama yang berlaku pada platform Pentas, sekaligus membawa kepada perkembangan positif dalam arena karya seni dan NFT di Malaysia.

Komen