Boost merupakan dompet digital yang digunakan secara meluas oleh ramai pengguna tempatan. Hari ini, Boost turut memperluaskan penawaran mereka, dan menyertai arena tempahan makanan, melalui apa yang dinamakan Boost Makan.
Dengan adanya Boost Makan, ia memudahkan peniaga yang sedia menggunakan Boost di kedai untuk memperluaskan penawaran mereka dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan dan menguruskannya terus melalui Boost.

Untuk pengguna pula, anda boleh tap pada ikon “Food” pada aplikasi Boost, dan seterusya memilih Boost Makan, dan melakukan tempahan makanan anda.
Bersempena pengenalan ini, Boost turut menawarkan pulangan tunai RM5 untuk tempahan minimum RM20. Promosi ini ditawarkan sehingga 31 Disember kelak, bersempena pengenalan Boost Makan ini.