Sony Mempatenkan Alat Kawalan Permainan Untuk Telefon Pintar

Diterbitkan pada Nov 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fakta. Alat kawalan permainan membuatkan sesi permua pada telefon mudah alih lebih seronok. Fakta. Permainan mudah alih pada telefon pintar kini menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding konsol dan PC. Jadi tidak mengejutkan apabila Sony mengatakan mereka mempunyai perancangan menawarkan IP yang selama ini hanya ditawarkan pada konsol PlayStation ke telefon pintar.

Jadi tidak mengejutkan juga apabila mereka mempatenkan alat kawalan permainan khusus untuk telefon pintar. Sekilas pandang ia adalah sebuah DualShock 4 dengan bahagian pada sesentuh tengah digantikan dengan telefon pintar. Kesemua konfigurasi butang dan tombol adalah sama seperti alat kawalan PlayStation 4. Adakah ini petanda paling awal Sony akan menggandakan usaha mereka pada platform permua dalam masa terdekat?

Sumber Videogamechronicle

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami