Volvo Ingin Menggunakan Cermin Kereta Sebagai Paparan AR

Diterbitkan pada Nov 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sistem paparan pandang atas HUD sudah mula ditawarkan pada kenderaan di jalan raya sekarang. Saiznya masih kecil dan hanya mengambil ruang yang kecil cermin hadapan kenderaan. Volvo, syarikat yang terkenal dengan inovasi seperti memperkenalkan tali pinggang keledar, kini mempunyai perancangan mengubah keseluruhan cermin hadapan kereta untuk menjadi skrin paparan realiti terimbuh AR.

Volvo melakukan pelaburan ke dalam syarikat Spectralics yang menggunakan teknologi multi-layered thin combiner (MLTC) – sebuah lapisan filem yang membolehkan imej dipaparkan pada lapisan cermin. Dengan teknologi MLTC, keseluruhan cermin hadapan kenderaan Volvo boleh menjadi skrin untuk memaparkan maklumat pemanduan, GPS, amaran keselamatan, maklumat cuaca dan banyak lagi menggunakan teknologi realiti terimbuh.

Teknologi ini masih belum lagi realiti tetapi dengan pelaburan yang dilakukan, ia akan dapat dimajukan dengan lebih pantas. Dengan ramai meramalkan telefon pintar akan digantikan dengan kaca mata pintar, mungkin ini satu lagi evolusi dalam industri automotif yang akan mengubah bagaimana kita memandu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami