Apa Itu Titik Akses & Kelebihannya Untuk Produktiviti Kerja Dari Rumah?

Diterbitkan pada Dis 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hampir semua pekerja rakyat Malaysia telah merasai pengalaman bekerja dari rumah. Pelbagai situasi yang kita semua alami, seperti anak menangis ketika kita sedang bekerja. Ini adalah antara punca stress yang kita perlu hadapi apabila bekerja dari rumah. Tetapi sebenarnya ada yang lebih dahsyat daripada itu, iaitu tertekan disebabkan sambungan internet yang hidup segan, mati tak mahu. Pengalaman penggunaan Wi-Fi yang kurang memuaskan tentu akan mengganggu produktiviti seharian kita. Ada di antara kita menggunakan Wi-Fi Mesh atau titik akses (access point) untuk membantu mengatasi masalah sambungan internet yang lemah ini. Mungkin ramai sudah biasa dengar terma Wi-Fi Mesh. Namun, apa pula yang dimaksudkan oleh titik akses?

Apa Itu Titik Akses? Adakah Ia Sama Dengan Penghala (Router)?

Titik akses merupakan satu peranti rangkaian nirwayar (wireless network) yang bertindak sebagai portal kepada peranti-peranti pintar yang disambungkan kepada LAN. Ia berfungsi untuk meluaskan dan memanjangkan liputan rangkaian internet sedia ada sekaligus membantu pengguna untuk mendapatkan pengalaman penggunaan internet yang lebih memuaskan. Rangkaian Ethernet berkelajuan tinggi akan bergerak daripada penghala kepada titik akses, yang seterusnya akan mengubah isyarat berwayar menjadi nirwayar.

Manakala penghala pula adalah peranti yang berfungsi untuk menghubungkan banyak peranti pintar bagi membentuk sesuatu rangkaian LAN dan dalam masa yang sama menyediakan akses internet kepada semua peranti yang telah disambungkan padanya. Namun, bagi membolehkan penghala menghantar data kepada peranti, ia perlulah disambungkan kepada modem yang disediakan oleh syarikat penyedia internet melalui kabel Ethernet.

Kelebihan Titik Akses

Kebiasaannya, syarikat penyedia perkhidmatan internet juga akan memberikan penghala kepada pengguna mereka namun dengan biasanya ia adalah penghala berspesifikasi biasa. Kebiasaannya penghala ini mungkin hanya menyokong sehingga Wi-Fi 5 tetapi terhad untuk disambungkan kepada beberapa peranti sahaja. Jika terlebih, sambungan internet akan menjadi perlahan.

Namun, sekiranya anda menggunakan titik akses, sambungan internet akan menjadi lebih stabil walaupun telah disambungkan kepada banyak peranti. Ini kerana titik akses kebiasaannya menyokong untuk disambungkan kepada sehingga lebih 50 sambungan peranti dimana isyarat akan diperluaskan dan dipanjangkan ke seluruh tempat di rumah atau bangunnan termasuklah di kawasan zon mati (dead zone).

Jadi, penggunaan titik akses di rumah akan dioptimasikan sepenuhnya dengan baik dan lancar untuk produktiviti bekerja dari rumah. Jika anda mencari-cari titik akses yang sesuai untuk kegunaan anda, titik akses daripada Aruba Instant On adalah antara jenama yang kita perlu letakkan dalam senarai pembelian.

Mengapa Anda Perlu Memilih Aruba Instant On?

Aruba Instant On merupakan perkhidmatan yang menyediakan peranti yang direka untuk membantu pengguna mendapatkan sambungan internet secara optimum sama ada untuk kegunaan di pejabat atau di rumah, dan ini adalah antara sebabnya mengapa anda perlu Aruba Instant On.

1. Mudah Untuk Dipasang Dan Pengurusannya Hanya Melalui Aplikasi Sahaja

Peranti titik akses daripada Aruba Instant On didatangkan dengan aplikasinya yang tersendiri. Melalui aplikasi ini, anda boleh lakukan tetapannya dengan sendiri dengan mudah kerana antaramuka yang disediakan adalah mesra pengguna. Kemas kininya juga sering dilakukan bagi memastikan rangkaian internet di rumah anda dapat beroperasi pada kelajuan yang pantas dan lancar. Malah dengan memiliki titik akses Aruba Instant On ini, anda hanya perlukan modem sahaja dan tidak lagi perlu membeli penghala (router) Wi-Fi kerana titik aksesnya juga boleh dijadikan sebagai penghala di rumah anda.

2. Rangkaian Internet Yang Kuat Dan Laju Di Seluruh Rumah

Dengan memasang titik akses ini di rumah, ia membantu untuk memberikan sambungan internet yang lebih stabil. Malah, jika peranti anda dibawa kemana-mana di kawasan rumah anda sekalipun, ia dapat memberikan sambungan internet yang baik kerana peranti anda akan bertukar-tukar titik akses kepada titik akses yang lain tanpa memutuskan sambungannya. Dengan bertukar-tukar titik akses, ia sekaligus mengurangkan trafik Wi-Fi dan mengekalkan sambungan internet berkelajuan tinggi. Anda juga tidak perlu mencari rangkaian sambungan internet yang baharu atau menggunakan data mudah alih apabila bergerak dari satu tempat ke satu tempat di dalam rumah.

3. Sistem Keselamatan Yang Menjaga Privasi Pengguna

Dengan membeli titik akses Aruba Instant On, anda bukan sahaja boleh menikmati rangkaian yang stabil, malah sistem keselamatan yang ditawarkan juga dapat menjamin privasi penggunanya. Ini kerana Aruba Instant On direka untuk menjaga privasi dengan piawaian yang ketat dimana storan awanan Aruba hanya digunakan untuk pengurusan dan pemantauan sahaja dan trafik pengguna tidak akan dihantar ke platform awanan untuk dipantau. Melaluinya, komunikasi di antara peranti dan pengguna akan disulitkan dengan sistem penyulitan gred tinggi, menyekat trafik yang tidak diminta daripada internet seperti perisian hasad (malware), mengawal penggunaan Wi-Fi, dan dapat memberi akses kepada tetamu dengan mudah dan selamat.

Titik Akses Mana Yang Sesuai Untuk Kegunaan Anda Di Rumah?

Bagi anda yang sedang mencari-cari titik akses yang terkini, Aruba Instant On baru sahaja melancarkan AP22 yang merupakan titik akses yang menerima pengiktirafan Wi-Fi 6. Dengan memiliki titik akses ini, anda boleh menikmati rangkaian internet yang lebih pantas dan kadar pendam yang rendah (low latency) kerana ia dikatakan hadir dengan kelajuan menyampaikan data semaksimum 1.7Gbps, iaitu 4 kali ganda lebih baik daripada titik akses yang biasa. Ia juga menyokong untuk mengendalikan pelbagai jenis sambungan seperti Wi-Fi 5, Wi-Fi 6 dan peranti-peranti secara serentak, sekaligus membantu untuk mengurangkan keberangkalian kadar pendam (latency) yang akan berlaku. Melaluinya, anda dapat menikmati kualiti video dan audio dengan lebih menyeronokkan.

Untuk pengetahuan anda, AP22 ini juga dilengkapi dengan penuras terbina yang dapat mengurangkan masalah gangguan rangkaian selular, ciri Low Density Parity Check (LDPC) yang membolehkan anda untuk menerima data atau mesej melalui saluran penghantaran yang sibuk dan teknologi pemprosesan isyarat digital yang menggandakan isyarat yang telah dihantar daripada banyak antena bagi memastikan data dapat dihantar dengan lebih cekap.

Dari segi privasi pula, anda tidak perlu risau rangkaian internet anda dicerobohi oleh individu tidak bertanggungjawab kerana ia hadir dengan sistem firewall terbina. Melalui ciri ini, titik akses yang gagal berfungsi boleh ditukarkan kepada titik akses yang lain dengan mudah dan hanya satu klik sahaja. Ia juga boleh dikawal dan menghalang akses kepada aplikasi-aplikasi yang telah ditetapkan. Selain itu, ia turut menyokong sistem pengesahan dwi faktor (Two-Factor Authentication, 2FA) sebagai satu lagi lapisan keselamatan bagi menghalang rangkaian internet anda diceroboh. Jadi, jika anda berminat dengan titik akses Aruba Instant On model AP22 ini, ia boleh didapati melalui laman rasmi Aruba dan pengedar-pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.

Penafian : Advertorial daripada Aruba

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami