Vivo Dijangka Akan Melancarkan Tablet – Mungkin Dilengkapi Snapdragon 870

Diterbitkan pada Nov 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo dijangka akan melebarkan sayap ke dalam segmen tablet tidak lama lagi. Ia berikutan terdapatnya spekulasi awal yang mengatakan Vivo bakal melancarkan tablet pada separuh pertama 2022. Ini menunjukkan pelancarannya boleh berlaku di antara bulan Januari hingga Jun kelak.

Menguatkan lagi spekulasi ini apabila tanda dagang untuknya telah ditemui menerusi laman EUIPO pada Jun yang lalu. Daripada penggunaan nama ‘Vivo Pad’, kita sudah tahu ia pastinya sebuah tablet cuma maklumat mengenai spesifikasi masih lagi kabur.

Sungguhpun begitu, perkongsian daripada Digital Chat Station di Weibo mendakwa tablet keluaran Vivo ini mungkin dilengkapi cip Snapdragon 870. Jika ianya benar, ini adalah cip yang sama digunakan pada Xiaomi Mi Pad 5 untuk model yang dilancarkan di China. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut berkaitan perkara ini.

Sumber : GSMArena

komen


© Amanz / 2022 Kami