Realme 9 Mungkin Hadir Dalam 4 Pilihan Model

Diterbitkan pada Nov 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdahulu, Realme telah mengesahkan bahawa Realme bakal diperkenalkan sekitar tahun 2022. Buat masa ini, tiada sebarang tarikh khusus yang dikongsi. Namun, terdapat khabar angin yang mengatakan peranti ini mungkin diumumkan pada sekitar suku pertama tahun berkenaan – besar kemungkinan bulan Februari kelak.

Di samping itu, Realme juga dijangka membuat dua acara pelancaran yang berbeza. Di mana, dua atau tiga model akan dilancarkan serentak. Sementara itu, selebihnya pula akan dilancarkan secara berasingan. Selain daripada itu, Realme turut dikhabarkan bakal memperkenalkan empat pilihan model untuk siri berkenaan. Ia terdiri dengan Realme 9, Realme 9 Pro, Realme 9 Pro+ dan Realme 9i. Tiga daripadanya telah ditemui menerusi senarai beberapa laman web persijilan dan pangkalan data IMEI.

Tidak banyak yang diketahui mengenai peranti-peranti ini. Tetapi, model Realme 9 Pro/Pro+ dijangka hadir dengan janaan cip Snapdragon 870 bersama skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Timbul juga khabar angin yang mengatakan siri Realme 9 bakal dilengkapi sensor utama 108-Megapixel.

Sumber : GSMArena

komen


© Amanz / 2022 Kami