Wear OS Kini Memaparkan Versi Android Yang Digunakan Dengan Lebih Jelas

Diterbitkan pada Nov 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Wear OS adalah sistem operasi jam tangan pintar yang baik. Tetapi penggunaannya adalah kurang dan tidak begitu popular berbanding watchOS atau sistem yang digunakan dalam jam tangan pintar asas. Masa depan Wear OS dilihat semakin cerah apabila Wear OS 3 diperkenalkan dan Samsung menjadi yang pertama menggunakannya.

Jam-jam lain seperti daripada Fossil atau Mobvoi, Wear OS 3 hanya akan diedarkan pada tahun hadapan. Sementara menanti kemaskini ini, Google turut telah mengedarkan banyak kemaskini yang menjadikan Wear OS semakin menarik untuk digunakan.

Terkini, apabila pengguna pergi ke tetapan sistem jam dan membuka bahagian menyemak kemaskini – Wear OS akan paparkan versi Android dan tampalan sekuriti yang digunakan. Sebelum ini ia hanya memaparkan logo tanda suka dan perkataan System is up to date.

Contoh pada Mobvoi TicWatch Pro 3 Ultra GPS ini, ia memaparkan Android version: 9 dan kemaskini tampalan sekuriti pula Android security update: May 5, 2021.

Perlu diingatkan yang Wear OS 3 yang ramai nantikan ini, dibina berasaskan Android 11. Android 9 ini masih jauh ketinggalan daripada fungsi dan ciri yang ada pada versi terkini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami