Oppo Reno6 Pro 5G Dan Oppo A95 4G – Kekuatan Peranti Ini Di Mana?

Diterbitkan pada Nov 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Reno6 Pro dan Oppo A95, dua peranti daripada Oppo yang kini berada di pasaran. Kedua-duanya memiliki kelebihan dalam kelas tersendiri. Misalnya, Oppo Reno6 Pro lebih memfokuskan kepada kemampuan kamera dengan perisian yang baik.

Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan Siri Reno sememangnya sinonim dengan ciri fotografi yang menarik. Ia turut mengekalkan identiti peranti Reno itu sendiri dari generasi ke generasi. Berbeza pula dengan Oppo A95 yang lebih memfokuskan pada penggunaan dan jangka hayat bateri. Dengan penggunaan bateri 5,000mAh yang disertakan, pengguna tidak perlu risau soal jangka hayat bateri. Sebaliknya, ia akan memastikan telefon mampu digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Bercakap lebih lanjut mengenai kedua-dua peranti, kami akan berkongsi secara ringkas mengenai kemampuannya dalam artikel ini. Penulisan, gambar serta video yang disertakan adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Kesemuanya juga diambil serta dirakam di sekitar Genting Highland dan Kuala Lumpur. Teruskan lebih lanjut untuk ketahui lebih lanjut dan siapa tahu anda berminat untuk memilikinya sebuah? Jika tidak, anda juga boleh membelinya untuk yang tersayang.


Oppo Reno6 Pro – Jawapan Untuk Ciri Fotografi & Videografi Pelbagai

Kami mulakan dengan model Oppo Reno6 Pro. Peranti pintar ini telah dilancarkan di Malaysia sekitar bulan Ogos yang lalu dengan tanda harga RM2,999. Ia juga merupakan sebuah peranti yang dilengkapi cip Snapdragon 870. Ini adalah cip yang sama digunakan oleh siri Vivo X60, Poco F3 dan Realme GT Neo2. Ia merupakan cip lapan teras dengan dua pembahagian kluster berlainan untuk penggunaan tertentu. CPU adalah 2 x Cortex-A78 dan 6 x Cortex-A55. Kuasa maksimum pula terhad kepada 2.4GHz. Memori pula adalah 12GB RAM dengan tambahan RAM maya mencapai 7GB dan storan dalaman 128GB.

Seterusnya, sokongan kadar segar semula 90Hz yang tersedia juga boleh dianggap sebagai pakej lengkap dalam proses peralihan animasi yang lancar. Pada masa sama, bateri 4,500mAh yang disertakan turut mampu memenuhi keperluan segenap pengguna hari ini. Disebabkan Oppo Reno6 Pro menjadikan kemampuan kamera adalah salah satu daripada titik jualan utamanya. Maka kami akan berkongsi satu persatu fungsi fotografi menarik yang boleh anda cuba dengan Oppo Reno6 Pro:

1) Bokeh Flare Portrait – Fungsi ini boleh digunakan untuk tangkapan gambar dan rakaman video. Ia akan mengaburkan latar belakang pada gambar atau video secara automatik, seterusnya menyerlahkan subjek atau objek di hadapan. Melaluinya, anda akan perasan ia membuatkan hasil tangkapan kelihatan lebih cantik berbanding gambar portet biasa.

Tidak kira sama ada anda menggunakannya sewaktu berada di pencahayaan terang mahupun malap, ia mampu memberikan hasil yang memuaskan. Tetapi sekiranya anda mahukan hasil yang lebih baik dengan efek neon yang menakjubkan. Cari mana–mana latar belakang yang mempunyai lampu berwarna-warni, kemudian hasil tangkapan akan secara automatik menjadi cantik dengan efek kabur yang memukau. Sebagai contoh, anda boleh lihat hasil gambar di bawah. Di mana, cahaya lampu kelihatan seakan cahaya neon yang cantik.


2) AI Highlight Video – Ini juga ciri yang menarik untuk dicuba. Melaluinya, ia akan memastikan subjek yang sedang anda rakam mempunyai kecerahan yang sepatutnya. Tidak kira sama ada anda menggunakannya pada pencahayaan terang mahupun malap. Kami beri jaminan rakaman video anda akan nampak lebih menonjol dengan kecerahan yang semula jadi mengikut keadaan.

Sebagai contoh, algoritma Ultra Night Video akan diaktifkan secara automatik bagi tangkapan yang dibuat dalam situasi pencahayaan rendah. Sementara itu, algoritma HDR Live pula akan diaktifkan secara automatik untuk tangkapan yang dibuat dalam situasi pencahayaan terang. Seterusnya, ia akan bantu seimbangkan sumber cahaya yang terlalu terang untuk penghasilan semula video yang lebih semula jadi.


3) Dual-View Video – Melihat perkembangan semasa jelas menunjukkan ramai di antara kita yang mula berjinak-jinak dalam menghasilkan kandungan menarik serta membuat perkongsian kreatif di media sosial. Tetapi, tidak semua orang mampu untuk membeli kamera yang mahal. Dengan Oppo Reno6 Pro, kini anda tidak lagi dihantui oleh perasaan takut berbelanja lebih.

Telefon ini turut disertakan dengan fungsi Dual-View Video Mode yang membolehkan rakaman menggunakan kedua-dua kamera dibuat secara serentak. Fungsi ini kebiasaannya banyak digunakan oleh mereka yang suka merakam Vlog. Di mana, reaksi wajah yang ceria boleh dirakam sekali apabila melihat sesuai yang menarik untuk dikongsi. Terdapat sehingga 3 templat yang boleh anda pilih seperti split, round dan rectangle.


4) Ultra-Clear 108MP Image – Dengan penggunaan fungsi ini, setiap butiran pada gambar akan dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Bukan itu sahaja, anda juga boleh zum pada mana-mana bahagian pada gambar dan perhatikan dengan teliti setiap butiran kelihatan cukup jelas dengan tekstur yang memuaskan. Ia sesuai digunakan untuk tangkapan gambar wang ringgit atau sebarang situasi yang memerlukan proses zum yang baik. Misalnya seperti wang bernilai RM1 yang kami sertakan di bawah. Butiran kelihatan memuaskan meskipun ia dizum.


5) Ultra-Steady Mode – Mungkin ada dalam kalangan pengguna yang berpendapat bahawa fungsi ini sudah boleh didapati sejak beberapa siri Reno yang sebelum ini. Sungguhpun begitu, ia sebenarnya adalah salah satu fungsi yang menarik dalam videografi. Di mana, anda tidak perlu lagi sebarang peralatan lain seperti gimbal untuk hasil video yang stabil. Fungsi ini sahaja sudah memadai untuk hasil rakaman video yang stabil seakan dirakam menggunakan gimbal. Tidak kira sama ada anda menggunakannya sewaktu berjalan mahupun apa jua aktiviti – hasilnya adalah memuaskan dengan penghasilan semula warna yang boleh diterima.


6) Time-Lapse – Kalau anda rajin, apa kata hasilkan video pendek dengan efek time-lapse. Ini mungkin kedengaran agak klise, tambahan pula telefon pintar sekarang sudah sedia hadir dengan fungsi berkenaan. Tetapi hakikatnya, rakaman begini sebenarnya agak menarik untuk dikongsikan di media sosial. Misalnya, anda boleh merakam situasi kesibukan kota raya Kuala Lumpur di waktu hujan? Nampak menarik bukan? Ditambah dengan efek lampu yang berwarna-warni, pastinya rakaman anda akan memukau setiap mata yang melihat.


Oppo A95 – Bateri Kini Bukan Masalah Utama Lagi

Seterusnya, kami beralih kepada Oppo A95. Peranti ini pula merupakan penawaran paling terkini daripada Oppo untuk siri A mereka. Ia telah dilancarkan pada 15 November yang lalu dengan harga jualan RM1,099 untuk sebuah. Tidak seperti Oppo Reno6 Pro, ia lebih memfokuskan pada penggunaan harian. Menurut Oppo, ia menjanjikan penggunaan peranti dengan ketahanan bateri yang memadai menerusi sokongan bateri 5000mAh. Sebagai bonus, ia turut dibekalkan sokongan pengecasan pantas berwayar dengan kuasa output 33W yang membantu untuk proses pengecasan semula lebih pendek.

Pengalaman kami sendiri mendapati, bateri pada peranti mampu untuk bertahan lebih daripada 10 jam dengan skrin terpasar mencapai lebih 5-7 jam lamanya. Ini adalah masa penggunaan daripada 100% sehingga bateri berbaki sekitar 12%. Penggunaan kami adalah merangkumi beberapa aktiviti seperti menatal media sosial, membaca artikel yang panjang, membalas WhatsApp, mendengar muzik di Spotify, menangkap gambar sekitar Kuala Lumpur dan bermain permua untuk beberapa sesi. Seperti biasa, kitaran waktu ini sudah pastinya bergantung dengan penggunaan masing-masing. Ia semestinya boleh bertahan lebih lama untuk penggunaan yang benar-benar ringan.

Kemudian, ia juga lengkap dengan sokongan memori 8GB RAM dengan tambahan RAM maya sehingga 5GB dan storan dalaman 128GB. Secara umumnya, konfigurasi ini dirasakan sekadar baik-baik sahaja untuk kegunaan harian kebanyakan penggunaan hari ini. Kemudian, penggunaan tri- kamera di belakang dengan tetapan 48MP + 2MP + 2MP turut membolehkan pelbagai jenis gambar dihasilkan. Ia mungkin tidak sempurna, tetapi masih boleh diterima untuk peranti dalam kelas sebegini. Sekiranya, keupayaan kamera menjadi keutamaan. Rasanya adalah lebih baik anda mendapatkan Oppo Reno6 Pro atau mana-mana peranti di bawah siri Reno yang lain.

Seterusnya, kualiti paparan pada Oppo A95 juga adalah memuaskan menerusi penggunaan panel AMOLED. Seperti yang kita tahu, panel AMOLED mempunyai olahan yang baik berbanding LCD. Persembahan kandungan dengan warna yang cukup terang serta baik dapat dinikmati tanpa masalah yang melampau. Di samping itu, peranti juga mempunyai reka bentuk yang anggun bersama binaan cukup nipis dan ringan yang sangat memudahkan penggunaan seharian.


Ada Sesuatu Menarik Untuk Anda…

Jadi bagaimana? Kedua-duanya peranti mempunyai fungsi tersendiri yang menjadikannya berada dalam kelas tersendiri. Bagi yang berminat, sekali lagi kami kongsikan harga jualan untuk Oppo Reno6 Pro adalah RM2,999. Sementara itu, Oppo A95 pula boleh dibeli pada RM1,099 untuk sebuah. Anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas talian Oppo di laman web rasmi, Lazada atau Shopee. Sebagai pilihan, anda juga boleh mendapatkannya menerusi beberapa pengedar sah mereka di seluruh Malaysia.

Sebelum terlupa, Oppo Malaysia turut mempunyai berita menarik yang hendak dikongsikan buat semua pembaca. Di mana, Oppo akan hadir dengan tawaran menarik untuk jualan akhir tahun kelak! Terdapat pelbagai hadiah dan ganjaran yang bernilai sehingga RM8 juta untuk direbut. Dalam pada itu, eksklusif buat semua ahli My OPPO App terdapat beberapa ganjaran menarik lain yang disediakan. Antaranya seperti tiket masuk ke Genting SkyWorlds Theme Park, penginapan hotel dan banyak lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami